Pages

Wednesday, 21 December 2016

POKOK DUKUNG ANAK HERBA TRADISIONAL



(Gambar Pokok Dukung Anak)
=>Gambar Google<=
Assalamualaikum dan Selamat Petang semua...

Perghhh..bersawang jap blog nie ...Bukan tak nak update....tapi Wanny takda idea sebenarnya...
Okaylah...Korang pernah dengar pasal Pokok Dukung Anak tak???...Tak pernah dengar???...Meh sini
nak citer...

Pokok Dukung Anak dari segi nama saintifiknya adalah Phyllanthus Niruri Linn..Dari keluarga
Eurphorbiaceae..Akan tetapi ada juga orang kita yang memanggil pokok dukung anak ini sebagai
Pokok Kelek Anak.Manakala orang Indonesia pula memanggilnya dengan nama Meniran...Orang India pula memanggil Pokok Dukung Anak ini dengan nama Bhuaionla ataupun dengan nama Kiranelligida.

Pokok Dukung Anak biasenya tumbuh meliar di celah-celah retakan batu.dan kawasan tanah yang keras seperti ditepi longkang.

Pokok Dukung Anak ini adalah merupakan sejenis pokok herba tradisional yang selalu digunakan
dalam merawat penyakit kencing manis dan juga penyakit yang berkaitan dengan hati.Pokok Dukung Anak ini adalah pokok herba semusim yang kecil.Pokok ini tumbuh dalam 50cm ke 70cm tingginya.Daun Pokok Dukung Anak ini adalah jenis Majmuk Bipinat.Pokok Dukung Anak ini mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunganya mempunyai bunga-bunga kecil yang sangat banyak.

Bunga Pokok Dukung Anak ini mepunyai dua jenis iaitu bunga jantan dan bunga betina.Kapsul bijinya adalah sangat kecil dan berpermukaan kecil serta ia dari jenis 3-gonous.Tempoh kitaran dari satu biji ke satu biji yang berikutnya adalah mengambil masa dalam 2 hingga ke 4 minggu.Tumbuh dikawasan yang beriklim tropika seperti negara kita Malaysia,Indonesia dan Thailand.Ia juga ada didapati di China,India dan kawasan diantara Filipina dan Cuba. Kebanyakkan tempat ia adalah menjadi satu masalah bagi para petani kerana selalunya Pokok Dukung Anak ini tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar tuk dikawal.

Ok..Korang da kenalkan Pokok Dukung Anak tu kan...Jadi Sekarang meh nak citer plak tentang khasiat dan kegunaan pokok herba Dukung Anak ni..


Khasiat Dan Kegunaan pokok herba Dukung Anak dalam perubatan tradisional kat Malaysia nie....

Dari akar,daun,buah dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai kegunaannya dalam bidang perubatan tradisional ..Perubatan dari kaedah ayurveda pokok Dukung Anak ini digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis,kusta,anemia dan lain2.Ia jua boleh digunakan untuk mengubati penyakit berak berdarah  kronik dalam kaedah perubatan Unani dari negara India.Buah Dukung anak tu pula boleh digunakan untuk mengubati luka ,kudia buta dan kurap.Akarnya pula adalah penawar yang paling berkesan bagi penyakit kuning yang dikenali sebagai jaundis terutamanya pada bayi yang baru lahir.
Ia juga boleh digunakan bagi merawat isa gigitan ular.Digunakan jua sebagai tuba ikan.Perubatan ayurveda selalu menggunakan tumbuhan herba ini dalam bentuk kering dan ada jua menggunakan tumbuhan herba  dalam bentuk segar.

Walaupun sukar untuk ditafsirkan tentang kandungan yang terkandung didalam pokok Dukung Anak ini..tuumbuhan ini telah menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Ada kajian yang menunjukan kesan positif dalam mengubati pesakit yang menghidap hepatitis B seramai 22 dari 37 pembawa hepatitis b yang dirawat dengan persediaan herba dari pokok Dukung Anak ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis b ini setelah diuji selepas 15 hari hingga ke 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama.Namun anda dinasihatkan dapatkan pandangan dari doktor terlebih dahulu yea sebelum memulakan rawatan.

Kegunaan Pokok Herba Dukung Anak

1) -Sebagai perlindungan pada hati manusia
   
        -Lazim digunakan dalam merawat jaundis dan hepatitis
        -Sebagai perlindungan hati dan penyahtoksin dari alkohol dan parasetamol
        -Kesannya menyerupai pelindung hati yang lain iaitu sejenis herba tempatan yang dinamakan
         Herba Hempedu Bumi.

2) -Anti Hepatitis B

       -Herba yang kuat dalam menentang penyakit Hepatitis B didalam kajian yang telah dijalankan
        sekitar tahun 1980an.

3) -Antivirus

       -Herba ini tidak toksik apabila ia digandingkan dengan herba lain

       -Membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap ketoksidan dan penyakit.


4) -Penanaman

      -Membiak melalui biji benih.
 







 








1 comment:

  1. EMERGENCY LOAN OFFER APPLY

    We Offer all types of Finance Business Personal Cash
    Quick Cash Advance. Fast Credit Check. Cash Today.
    Fast Cash Online
    low interest rate as low as 2%
    Financial Cash Available Here
    Business Personal Cash
    Solve Your Financial Problems
    I'll advise All Cash seeker should contact us
    THERE IS NOTHING TO LOSE BUT YOUR DEBT AND FINANCIAL PROBLEMS !!!
    We Are Here To Show You A Better Way To Financial Freedom !!!
    Contact Us At : abdullahibrahimlender@gmail.com
    whatspp Number +918929490461
    Mr Abdullah Ibrahim

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...