Pages

Wednesday, 3 January 2018

WELCOME 2018..

Asalamulaikum...

Amacam korang harini?

Lunch pe ek...Wanny lunch dengan menu Nasi Putih lauk sambal udang dengan sayur campur goreng...Alhamdulillah...rezeki kan...2017 telah 3 hari berlalu...macam-macam warna -warni kehidupan telah pun dilalui dalam 2017...Segalanya akan tersimpan menjadi satu memori yang paling terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan...Asyik attend kenduri kahwin orang aje...Hope tahun nie akan termeterai satu ikatan cinta yang halal antara Wanny dan dia....Da lama sangat kami ini menjalinkan hubungan ...Semoga semuanya dipermudahkan...Azam tahun nie...nak aktif dalam berblog ni...Doakan Wanny erk...Sayang korang semua...bye..

Saturday, 19 August 2017

SENARAI GROUP IKLAN DI FACEBOOK


Assalamulaikum pada semua para pembaca.

Diharapkan kalian semua dalam keadaan baik-baik saja.

Hari ini Wanny tergerak hati tuk tulis entry ini bagi meemudahkan kalian semua untuk iklankan 

produk atau servis yang kalian semua ingin tawarkan kepada bakal pembeli atau pengguna di laman

maya ini.Seperti kalian tahu Pengiklanan di Facebook amat gratis dan ramai yang berjaya dalam

meningkatkan hasil jualan yang berlipat ganda pada setiap bulan..Semoga Senarai group ini akan

memberikan ruang untuk kalian lebih sukses dalam bisnes kalian.

p/s: Setiap link yang kalian klik ini nanti akan muncul iklan 5 saat...Sila tekan button skip ads 

untuk kalian terus kepada link group iklan facebook yang kalian pilih ...Senarai group facebook

adalah seperti dibawah nie...











Saturday, 18 March 2017

TRIK MUDAH UNTUK DAPATKAN TRAFIK BLOG YANG TINGGI....


Assalamulaikum dan selamat sejahtera pada semua pembaca,
 
Kali nie Wanny nak share lagi pasal nak dapatkan trafik blog yang banyak untuk blog korang tu lebih2x lagi pada korang yang newbie lagi dalam bidang blog macam Wanny nie… hihihi…Okay teruskan membaca..

Trik ini sangat mudah untuk dapatkan trafik blog tau.Tak perlu untuk korang pening kepala fikir yea.Trik ini Wanny dapat masa blogwalking di Blog Anak Ketam.Korang Cuma perlu buatkan satu entri yang lebih kurang yang macam entri wanny buat ini ok.Korang perlu jadi kreatif la sikit yea.Pastu copy paste link2x yang telah pun tersedia kat bawah nie.

1.        My Big Family and Friends
2.       ABCMILO
3.       Mat Din
4.       MSR@Blogger
5.       Tengku Nizam
6.       Mizz Shizu
7.       Me & Myself V3
8.       Blog Hanz
9.       MyviTRD
Sebelum itu korang ada beberapa perkara yang perlu dilakukan.WAJIB untuk korang follow taw.

1.       Sebelum korang nak copy paste link kat atas nie..sila delete link yang nombor satu tu taw.(Ala buat macam program ikhwan tu..Tak tahu??? Ala ..program yang derma-derma tu…kut style camtu ok)
2.       Bila da delete yang nombor satu tu korang upkan yang nombor dua tu tadi yang nombor satu pulak..sampai la ke nombor 14…So untuk nombor yang ke 15 tu korang letak la link blog korang pula yea…
Jangan gatai2x tangan nak p ubah urutan link tu ek..Nanti xjadi susah plak..Nanti Wanny gak yang korang nak blame plak kan…Takmo2x…J

Tadaaaa…Da siap pun entri maka seterusnya korang publish la entri korang tu dan jangan panic bila tengok trafik korang berdesup naik mencanak-canak ke langit…hahahaha propa tetiba lak…hihihihi…

Selamat Mencuba…tata…J

15 TEKNIK TINGKATKAN PELAWAT DI BLOG ....


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera pada semua pembaca,

Setiap blogger ingin blognya menjadi perhatian ramai.Disini Wanny kongsikan 15 Teknik yang boleh korang praktikkan di blog korang agar mendapat jumlah pelawat yang tinggi dan berkualiti.Berikut adalah teknik-teknik yang Wanny maksudkan…Teruskan membaca hingga akhir ye…

(15 Teknik tingkatkan pelawat di blog Korang)

1.       Daftarkan blog anda di setiap search engine yang korang tahu.(Contohnya => Google,Yahoo,Bing   dll.
2.       Binakan satu Facebook Fan Page khas mengikut nama blog korang.
3.       Gunakan SEO Plugin yang sesuai agar blog korang mesra search engine
4.       Pasangkan Comment Notifier Plugin bagi mendapatkan makluman secara automatic sekiranya ada balasan komen yang terbaru di blogpost korang .
5.       Anjurkan Contest yang best-best agar dapat menarik minat para blogger untuk sertainya.
6.       If ada sesuatu entri yang menarik minat korang semasa korang blogwalking member2x punya blog,Cuba buatkan satu entri khas untuk entri tersebut.Jangan lupa juga selitkan baclink kepada blog entri yang anda ceritakan tu.
7.       Pasangkan juga Comment Luv Plugin sebagai tarikan agar para blogger yang lain untuk tinggalkan komen diblog korang berserta link entri terakhir mereka.
8.       Buatkan entri yang selalu menjadi carian pembaca blog seperti  Cara Semak Saman Trafik/Polis,Jadual  Cuti Umum Tahunan,dll..
9.       Pingkan setiap entri  terbaru korang dengan menggunakan khidmat ping percuma .(Contohnya Babab.net,Pingjer.org,Ping o Matic ,Pingler,dsb..)
10.   Wanny sarankan sesekali korang cubalah buatkan satu entri konterversi..Pastikan entri konterversi yang korang buat tu tidaklah menyalahi undang2x dan hukum agama yea
11.   Jemputlah Rakan blogger yang punyai follower yang ramai sebagai penulis jemputan  di blog korang tu .
12.   Gunakan nama domain blog korang sebagai username di mana-mana media social yang korang join ek.(Contohnya di Twitter,Myspace,Hahura,Google+  dll…)
13.   Postkan entri korang sekurang2xnya satu entri pada satu hari…Kalau rajin post entri banyak2x kat blog korang pun boleh…Yang penting entri korang tu menarik tu dibaca.
14.   Ciptakan satu tagline khas di akhir emel korang agar membe blog berminat nak blogwalking blog korang  untuk baca entri yang korang buat .
15.   Ciptakan juga tagline di akhir mesej kat smartphone korang tu agar orang berminat tu pergi kat blog korang baca entri korang ek..Jangan pula korang letak akhir mesej korang macam nie…Sent by Digi from my blackberry sebab ianya  tidak akan mendatangkan faedah apa2x pun kepada blog korang tu nanti

Okaylah…Sampai sini dulu yea…Tata…J

Thursday, 22 December 2016

SENARAI LAMAN WEB IKLAN PERCUMA


Senarai laman web Iklan Percuma. 







































































Wednesday, 21 December 2016

SHOPPING SAMBIL BERJIMAT DENGAN SHOPBACK MALAYSIA

           
           Membeli belah secara online adalah satu perkara yang sangat memudahkan anda daripada kena memandu keluar  untuk membeli belah di pusat membeli belah .Hari ini Wanny nak share dengan korang cara shopping online yang paling jimat...Macam mana?..Teruskan membaca okay.

           Laman web shopping kini boleh dilihat semakin banyak dan memudahkan para individu yang tiada masa untuk membeli belah secara tradisional iaitu shopping ke mall.Contoh laman-laman web yang semakin popular dan mendapat tempat  adalah seperti Lazada,Zalora,Taobao dan macam-macam lagi.Wanny bukan jenis kaki shopping online..Kaki window shopping je...Bukan tiada bajet..Wanny dahulukan apa yang penting sahaja.Korang yang kaki shopping nie boleh dapat cashback balik tau if korang shopping melalui  SHOPBACK MALAYSIA ...Baiklah..Mari Wanny tunjukkan pula cara-cara untuk korang dapatkan cashback bila bershopping kat LAZADA,ZALORA dan macam-macam lagi tu melalui SHOPBACK MALAYSIA  ini.

  1. Firstly korang kenalah daftar dulu kat SHOPBACK MALAYSIA
  2. Apabila korang dah siap mendaftar...Korang login akaun shopback korang tu dan pilih web shopping yang korang berkenan nak shopping barang dan klik je.( Contohnya kalau korang rasa nak beli barang kat Zalora so korang klik je pada web Zalora yang tertera kat dalam akaun shopback korang tu.
  3. Bila korang dah klik web shopping yang korang berkenan nak shopping..Korang akan di directkan kepada web yang korang pilih..Pastu apa lagi klik sahaja la shopkan....
  4. Lepas korang da siap shopping barang korang tu..Korang tunggu je duit cashback masuk dalam akaun shopback korang tu hokay...:)
Bila da lama2x shopping duit cashback korang tu mesti da banyakkan..Wanny tahu korang mesti nak withdraw semua duit cashback yang korang da kumpul tu.Okay duit2x cashback korang tu boleh di withdrawkan ke paypal dan bank2x tempatan yang terpilih sahaja.Dibawah ini Wanny sertakan senarai bank2x yang boleh korang guna untuk withdraw duit cashback korang dari SHOPBACK MALAYSIA nie.

  1. MAYBANK
  2. BANK ISLAM
  3. CIMB 
  4. PUBLIC BANK
  5. HONG LEONG BANK
  6. AMBANK 
  7. HSBC
  8. RHB
  9. UOB BANK
  10. OCBC BANK
Jadi pada korang-korang yang kaki-kaki shopping online ini korang dah boleh shopping ikut sukahati korang da.Dalam masa shopping tu korang boleh berjimat sebab dapat beli barang korang dengan harga diskaun,jimat masa,dan jimat duit minyak korang nak kuar g membeli belah kan..Korang juga taklah tersangkut dalam traffic jam...Cashback pun dapat tawww...Jangan tunggu lagi...Cepat daftar kat  SHOPBACK MALAYSIA ..

POKOK DUKUNG ANAK HERBA TRADISIONAL



(Gambar Pokok Dukung Anak)
=>Gambar Google<=
Assalamualaikum dan Selamat Petang semua...

Perghhh..bersawang jap blog nie ...Bukan tak nak update....tapi Wanny takda idea sebenarnya...
Okaylah...Korang pernah dengar pasal Pokok Dukung Anak tak???...Tak pernah dengar???...Meh sini
nak citer...

Pokok Dukung Anak dari segi nama saintifiknya adalah Phyllanthus Niruri Linn..Dari keluarga
Eurphorbiaceae..Akan tetapi ada juga orang kita yang memanggil pokok dukung anak ini sebagai
Pokok Kelek Anak.Manakala orang Indonesia pula memanggilnya dengan nama Meniran...Orang India pula memanggil Pokok Dukung Anak ini dengan nama Bhuaionla ataupun dengan nama Kiranelligida.

Pokok Dukung Anak biasenya tumbuh meliar di celah-celah retakan batu.dan kawasan tanah yang keras seperti ditepi longkang.

Pokok Dukung Anak ini adalah merupakan sejenis pokok herba tradisional yang selalu digunakan
dalam merawat penyakit kencing manis dan juga penyakit yang berkaitan dengan hati.Pokok Dukung Anak ini adalah pokok herba semusim yang kecil.Pokok ini tumbuh dalam 50cm ke 70cm tingginya.Daun Pokok Dukung Anak ini adalah jenis Majmuk Bipinat.Pokok Dukung Anak ini mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunganya mempunyai bunga-bunga kecil yang sangat banyak.

Bunga Pokok Dukung Anak ini mepunyai dua jenis iaitu bunga jantan dan bunga betina.Kapsul bijinya adalah sangat kecil dan berpermukaan kecil serta ia dari jenis 3-gonous.Tempoh kitaran dari satu biji ke satu biji yang berikutnya adalah mengambil masa dalam 2 hingga ke 4 minggu.Tumbuh dikawasan yang beriklim tropika seperti negara kita Malaysia,Indonesia dan Thailand.Ia juga ada didapati di China,India dan kawasan diantara Filipina dan Cuba. Kebanyakkan tempat ia adalah menjadi satu masalah bagi para petani kerana selalunya Pokok Dukung Anak ini tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar tuk dikawal.

Ok..Korang da kenalkan Pokok Dukung Anak tu kan...Jadi Sekarang meh nak citer plak tentang khasiat dan kegunaan pokok herba Dukung Anak ni..


Khasiat Dan Kegunaan pokok herba Dukung Anak dalam perubatan tradisional kat Malaysia nie....

Dari akar,daun,buah dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai kegunaannya dalam bidang perubatan tradisional ..Perubatan dari kaedah ayurveda pokok Dukung Anak ini digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis,kusta,anemia dan lain2.Ia jua boleh digunakan untuk mengubati penyakit berak berdarah  kronik dalam kaedah perubatan Unani dari negara India.Buah Dukung anak tu pula boleh digunakan untuk mengubati luka ,kudia buta dan kurap.Akarnya pula adalah penawar yang paling berkesan bagi penyakit kuning yang dikenali sebagai jaundis terutamanya pada bayi yang baru lahir.
Ia juga boleh digunakan bagi merawat isa gigitan ular.Digunakan jua sebagai tuba ikan.Perubatan ayurveda selalu menggunakan tumbuhan herba ini dalam bentuk kering dan ada jua menggunakan tumbuhan herba  dalam bentuk segar.

Walaupun sukar untuk ditafsirkan tentang kandungan yang terkandung didalam pokok Dukung Anak ini..tuumbuhan ini telah menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Ada kajian yang menunjukan kesan positif dalam mengubati pesakit yang menghidap hepatitis B seramai 22 dari 37 pembawa hepatitis b yang dirawat dengan persediaan herba dari pokok Dukung Anak ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis b ini setelah diuji selepas 15 hari hingga ke 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama.Namun anda dinasihatkan dapatkan pandangan dari doktor terlebih dahulu yea sebelum memulakan rawatan.

Kegunaan Pokok Herba Dukung Anak

1) -Sebagai perlindungan pada hati manusia
   
        -Lazim digunakan dalam merawat jaundis dan hepatitis
        -Sebagai perlindungan hati dan penyahtoksin dari alkohol dan parasetamol
        -Kesannya menyerupai pelindung hati yang lain iaitu sejenis herba tempatan yang dinamakan
         Herba Hempedu Bumi.

2) -Anti Hepatitis B

       -Herba yang kuat dalam menentang penyakit Hepatitis B didalam kajian yang telah dijalankan
        sekitar tahun 1980an.

3) -Antivirus

       -Herba ini tidak toksik apabila ia digandingkan dengan herba lain

       -Membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap ketoksidan dan penyakit.


4) -Penanaman

      -Membiak melalui biji benih.
 







 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...